Want your
own Fotopage?












 


By: azeemah azizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Friday, 15-Feb-2008 09:48 Email | Share | | Bookmark
i'm in love

 


love u la yayang!

yerppp!!!...yatie masih igt lg kat akak...takkan yatie begitu cpt lupa...maaf erk kak lmbt reply...bkn aper,tenet kat opis nih cam hampesss...yatie dah taip pepanjang...tetibe time nak send dier ERROR lak...gerammmzzz jerk tau....nyway,sonok dpt berkenalan ngan akak n yg lelain masa irdina bash tuh....harap2 lenkali kita dpt jumpa lagi.... Tue 4-Mar-2008 02:19
Posted by:mamamierul ladybird9105@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 9-Jan-2008 04:49 Email | Share | | Bookmark
SaLaM MaaL HiJRaH 1429

 
 
sekejap jer masa berlalu....aritu masuk tahun baru kalender omputeh...arini masuk tahun baru hijrah....salam maal hijrah 1429 utk sumer kengkawan.....

untuk entry kali ni kita kongsi sedikit ilmu ...dengan harapan ilmu ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh kawan2

doa akhir tahun dan doa awal tahun nih dibaca semperna berakhirnya tahun hijrah dan masuknya tahun hijrah yang baru....

Doa akhir tahun

Waktu membacanya : Doa akhir tahun (bulan Islam Hijrah) ini yang bersamaan hari Rabu 09 Januari 2008 dengan dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan, Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.



Doa Awal Tahun.

Dibaca 3 kali selepas solat Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

Waktu membacanya : Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharam, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa Syaitan : Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah Syaitan.



Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X.

Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas solat sunat Maghrib 3X.
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada Neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11.Solat sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer" . Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada Neraka.

**credit to ReeN untuk article and iRWaN utk jpeg doa.....tq so much**

Care to comment?


Thursday, 3-Jan-2008 08:05 Email | Share | | Bookmark
Anyone?

 
asanyer blom terlambat kot nak wish to all reader and friend ;
SELAMAT TAHUN BARU 2008


bila sebut jer taun baru mesti penuh ngan azam dan semangat baru

apa azam korang?apa semangat baru korang?

aku?

hehehehe....

nak kata azam baru....tak jugak....cuma polished azam lama....tapi tahun ni kene lebih extreme...dah takbleh cengkelat2 lagi.....

tapi

taun depan 2009 pasti ada azam baru....hehehhe....apsal awal sgt citer azam tahun 2009 ek.....sbb azam tahun 2009 tu best dan amat besttttttttttt...tak sabar rasanyer nak masuk tahun 2009


kita tukar topic la ek....


baru2 ni aku try wat meatball sendiri...utk makan ngan spageti....

walllaaaaaaaaaaa...it turn's so the very the sedappppppppppppppppp....hehhehehhe....1st n menjadik! so kat sini aku share resepi nyer since puan chemb mintak aku uploadkan resepinya.....

original resepinyer aku tak ingatla kat mana aku dapat....sowey ekkk


.:MEATBALL FOR SPAGHETTI:.
(Sumber : Tak ingat...kat my resepi.com rasanyer)
Bahan-bahan ( 15 biji )
Bahan A

* 1 1/2 cawan daging cincang
* 1/2 cawan parmesan cheese
* 1/2 cawan serbuk roti
* 1/2 sudu teh italian herbs
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* garam secukup rasa


Bahan B

* 1 biji telur
* 2 sudu besar olive oil atau minyak masak atau butter

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Pukul telur dengan garfu. Masuk telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk campuran bahan A tadi sambil digaul. Kalau adunan dah elok untuk dibulat-bulatkan, berhenti masuk telur. Tak payah abiskan.
3. Buatlah bulat kecil-kecil
4. Panaskan minyak dalam kuali. Masuklah bebola tadi. Goreng sehingga kekuningan.
5. Siap!

Cara hidang :
Hidangkan bersama sos bolognese (saya guna sos instant jer either preego or kimbal) and spageti cam dalam gambar tuh....hehehhehe

sedappppppppppp dan menggemukkan dennnnnnnnnnnnnnnn




heeheeeeheee...amacam....korang teruja tak?

Care to comment?


Monday, 31-Dec-2007 03:51 Email | Share | | Bookmark
FsKb event....50-50 jer best...huhuhuh

with otai@en.hamzah
with kak sal
cikta ngan cincin bunga biru diaaaaaaa
View all 4 photos...
ni antara sepatutnyer jd big event kat fac...tp dah bertuko menjadi the most lousy event...huhuhuuh....tak syok btol....cuma yg syok nyer...time jumpa2 senior yang dah pencen....otai2 dolu2....hhehehhe...campur2 ngan melayan kepala mereng memasing yg pantang nampak camera...hehheheheh....here the pix....

Care to comment?


Wednesday, 12-Dec-2007 06:21 Email | Share | | Bookmark
dedicated to CiKNaB

 

beg idaman kalbu ko ni dah naik harga musim2 sale nih.....huhuhuhu....cian....cian....sabor ekk

huhuhuhuhu...beg idamanku..huwaaaaaaaaa...tunggu yeee cik carlo rino cekelet ..lepas abes sale nnt..kite balik umah same2 tau Kalau ada orang lain nak ajak balik umah dia ..toksah ikot tau..SET! Wed 26-Dec-2007 19:30
Posted by:CikNaB
beg cekelat ikut cikta balik umah ek....meh lah huhuhu Thu 3-Jan-2008 09:42
Posted by:Cik Ta  - [Link]
Add comment


Wednesday, 14-Nov-2007 04:18 Email | Share | | Bookmark
LeLoNg! LeLoNg

 
 
 
View all 4 photos...
ada sesape berminat?2nd hand nyer item la...


lauren style....baru 2x aku picit...pas bersalin trus takbleh guna...huwaaa...alahan masa mengandung terbawak2 smpi pas bersalin...sungguh sedeyyy


clark shoes...baru pakai 2 kali gak...tetiba pas bersalin kaki kembang lagi gumut ni dah takmo nguncup...trus tak muat dah....huwaaaaaaaaaaa

sape-sape yang berminat bleh contact saya eh

Care to comment?


Monday, 5-Nov-2007 06:25 Email | Share | | Bookmark
raya oohhh raya

the dishes@huda's
CiKNaB with lil Hani@ huda's
CiKNaB,CiKToM and lil Hani
View all 8 photos...
Weekend kali ni agak bz…

Hehehhe….

Bz ngan xtvt menembunkan diri



Sunday…


Adehhhhh…



Ada 4 buah rumah yang aku kene attend sepatutnyer tapi 3 jer yang sempat aku p…..tak terkejar aku wehhh….utk entry hari ni...aku upload gambar kat 1 rumah dulu

Rumah one of my best buddy….HuDa... member 3 serangkai zaman skolah menengah dolu2…excited nak p sebab bleh jumpa member2 zaman skolah dulu…lebih2 lagi ditambahkan menu istimewanyer….IKAN BAKAR! Pergghhhhh…ikan bakar yang ayah member aku wat ni tak usah la nak dipertikaikan….memang SEDAP!



Cam biasa….aku p ngan si CiKNaB (….sape lagi kan…tetambah lagi hubby ku kerja…huWaaaa!!!!cepat-cepat la yayang carik keje lain…takbest tul somi keje shift nih!!!),


sekian saje xtvt raya kali ini....


udah muncet perut dennnn...huhuhuhu

Care to comment?


Monday, 29-Oct-2007 05:08 Email | Share | | Bookmark
xtvt minggu lepas

 
 
 
dah bersawang rasanyer fp aku nih....

hehehhe

rabu lepas aku ngan CiKNaB "mengsesatkan" diri ke H*uKM
misi utama = menyerahkan muffin semi jadi kepada si MyNN

misi kedua = menziarah CiKTa yang tersadai kene jaga student kat sana



ingatkan nk trus balik opis...

tapi...

bila dah berdua....


hehehe....


pepaham udah la yer....takde maknanyer nak balik opis awal....


maka....


end up dengan....


merambu ke M*V...


hahahha....pueh hati kitorang....ngehngehngeh


iklan sat

member ngam aku nan sowang ni available lg hokeyyyy

tapi....

dia ada bantal busyukkk and patung muchukkkk...muahhahaha


huhuhu naper muka eta nmpk ngantuk hehehehe...tp percayalah muffins itu sungguh marvellous... Tue 30-Oct-2007 04:13
Posted by:cikta  - [Link]
Add comment


Thursday, 25-Oct-2007 02:28 Email | Share | | Bookmark
anak baru

akmal with makngah
afiq and akmal
ni la anak baru aku.....


opsss...correction...


anak buah baru aku...so la ni dah ada 2 cucu dah mak aku....


patutnyer 3...tapi....


nama dia akmal naim....abgnyer plak afiq naufal....

Care to comment?


Monday, 8-Oct-2007 00:45 Email | Share | | Bookmark
HaZeLNuT BaLL and CoRNFLaKeS MaDu

 
 
 
View all 4 photos...
semperna hari raya taun nih....aku wat 2 kuih ni....

HaZeLNuT BaLL.....resepi ni aku dapat dari fp kak LieZa....tapi aku tuko dia nyer coklat salut tuh.....instead dari original resepi funa white choc...aku tuko jadi choc biasa...sbb hubby aku tak suka sgt white choc.....ni HaZeLNuT BaLL versi aku....





dan ini cornflakes madu....resepi dari mama aku....tiap2 taun aku tender wat cookies nih...n ni resepinya

.: CORNFLAKES MADU :.

Bahan-bahan:

1. 8oz (1 ketul) butter
2. 4 oz gula castor
3. 2 sudu makan madu
4. 2 oz kelapa kering
5. 6 oz cornflakes
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. Badam cincang –utk hiasan
8. Mangkuk kertas

Cara-cara :

1. Cairkan butter + gula castor + madu.
2. Biarkan sejuk seketika
3. Masukkan esen vanilla, cornflakes dan kelapa kering….gaul rata
4. Sudukan kedalam mangkuk kertas dan tarburkan dengan badam cincang.
5. Bakar sekejap hingga kuning keemasan/golden brown.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


salaam ~ cantik nampak hazelnut ball tu ..teruja nat wat Mon 8-Oct-2007 04:03
Posted by:Nur  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.